Subjek: Kemahiran Belajar (GKB1053) Nama Pelajar: Syafiqah Nasuha binti Mohd Jamil & Intan Nazura binti Mohd Tarmizi Kelas: PPISMP F5 Nama Pensyarah: M. Vijayaletchumi A/P R. Maniveloo TAJUK 10: PENYESUAIAN SOSIAL Penyesuaian ialah proses adaptasi. Penyesuaian diri berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap,tingkah laku,hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan. Penyesuaian juga melibatkan perubahan kehidupan supaya dapat menyesuaikannya dengan kehendak dan keperluan persekitaran. Sosial adalah hubungan dan interaksi dalam sesuatu masyarakat. Sosial juga adalah keupayaan individu berinteraksi sesama mereka di dalam sesebuah komuniti seperti Institut Pendidikan Guru. Penyesuaian Sosial didefinisikan sebagai keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu. Ini merupakan kemampuan untuk berinteraksi secara efektif dan sihat terhadap situasi, realiti dan keadaan sehingga ...