KEMAHIRAN BELAJAR (GKB1053)



Image result for kemahiran belajar

Subjek: Kemahiran Belajar (GKB1053)
Nama Pelajar: Syafiqah Nasuha binti Mohd Jamil & Intan Nazura binti Mohd Tarmizi
Kelas: PPISMP F5
Nama Pensyarah: M. Vijayaletchumi A/P R. Maniveloo


TAJUK 10: PENYESUAIAN SOSIAL

  • Penyesuaian ialah proses adaptasi. Penyesuaian diri berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap,tingkah laku,hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan. Penyesuaian juga melibatkan perubahan kehidupan supaya dapat menyesuaikannya dengan kehendak dan keperluan persekitaran.
  • Sosial adalah hubungan dan interaksi dalam sesuatu masyarakat. Sosial juga adalah keupayaan individu berinteraksi sesama mereka di dalam sesebuah komuniti seperti Institut Pendidikan Guru.
  • Penyesuaian Sosial didefinisikan sebagai keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu. Ini merupakan kemampuan untuk berinteraksi secara efektif dan sihat terhadap situasi, realiti dan keadaan sehingga tuntutan hidup bermasyarakat dipenuhi dengan cara yang diterima.

10.1  KEMAHIRAN INTERPERSONAL
  • Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993) kemahiran interpersonal merupakan keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.
  • Terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara iaitu memahami apa yang dirasai oleh orang lain.
  • Keupayaan menerima idea dan pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan berkaitan sesuatu perkara atau peristiwa juga amat penting.
  • Individu yang memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi amat berminat untuk menyoal bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai sesuatu perkara berkaitan dirinya dan orang lain.

10.2  INTERAKSI INTRAPERSONAL

  • Kemahiran intrapersonal adalah kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri.
  • Keputusan yang dibuat ke atas diri sendiri adalah berasaskan kemahiran intrapersonal yang terdapat dalam diri sendiri.
Kepentingan Meningkatkan Kemahiran Intrapersonal:
  • meningkatkan keyakinan diri
  • mengetahui kelemahan dan kelebihan diri
  • meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah yang dihadapi 
  • mempunyai daya tahan yang tinggi ketika menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
  • meningkatkan pencapaian akademik
  • meningkatkan produktiviti dalam tugasan yang diberikan.

10.3  PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN

  • Komuniti pembelajaran adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik.
  • Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.
 10.4  ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
  • Perkongsian maklumat dilakukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Bahan pembelajaran boleh diperoleh melalui laman web dan penggunaan internet seperti blog, flickr, slideshare, skype, facebook dan twitter
Blog

  • Penggunaan blog membantu penulis blog berkongsi maklumat
  • Perbincangan boleh dilakukan dengan penulis blog berkaitan isu yang dipersembahkan dalam penulisannya
Faedah - faedah penggunaan blog:
  • Membolehkan pelajar mempunyai kemahiran web menggunakan internet
  • Meningkatkan motivasi pelajar untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran
  • Membina pemikiran kritis melalui penggunaan ruang komen
Facebook


  • Platform Fecebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian social Facebook.
  • Dapat membina komuniti pembelajaran
  • Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza dengan kelas biasa
  • Meningkatkan interaksi guru dan pelajar dan sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web
  • Pelajar dapat menghubungi rakan sekelas berkaitan tugasan kelas dan peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran internet. 
Flickr



  • Suatu laman web perkongsian gambar yang dapat digunakan untuk memuat naik gambar, memberikan tag kepada gambar, melihat gambar orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar tersebut
  • Pengguna dapat membina set gambar untuk menyusunnya dengan mudah dan menyertai kumpulan topik perbincangan

SKYPE


  • Adalah suatu perisian percuma yang membolehkan seseorang berbual-bual dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia melalui internet secara percuma.
  • Digunakan untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama walau di mana seseorang berada.

 SLIDESHARE



  • Satu laman web media untuk berkongsi persembahan, dokumen dan fail pdf.
  • Menonjolkan professional yang aktif dan sering memberi komen, menggemari dan memuat turun bahan.
  • Tujuan : berkongsi idea dan berhubung dengan orang lain.


  TWITTER


  • Penulisan di Twitter ialah cara komunikasi yang kurang berhalangan, perkongsian maklumat dengan orang yang biasanya tidak akan saling berutus e-mel / pesanan SMS. 

10.5 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK


  • Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi dan status antara lelaki dan perempuan bukan dari aspek biologikal sahaja tetapi peranan mereka dalam perjanjian sosial.
  • Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan, dan situasi di mana mereka berada.
  • Di Malaysia, terdapat Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita
  • Tujuan: membela nasib kaum wanita dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti. 


Comments

Popular posts from this blog

APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER